Isnin, 2 Mei 2016

Dua hati.... satu jiwa

Cinta...
Bukan hanya sekadar kata-kata..
Cinta adalah gabungan dua hati menjadi satu jiwa...
Cinta yang penuh pengorbanan..
Cinta yang suci saling menyayangi..
Cinta yang menutup kekurangan pasangan...
Saling melengkapi antara satu sama lain..
Itulah C.I.N.T.A

Jumaat, 15 April 2016

Diari cinta buat Suamiku

"Biar aku sendiri merawat luka dihati. Tak perlu kau hiraukan sakitnya hati ini. Tak perlu kau berpura mencintaiku andainya itu cuma dusta semata. Berterus-teranglah agar aku segera tersedar siapa diri ini.  Supaya aku tidak terus memaksa kau untuk mencintaiku, saat diri sendiri aku terdetik adakah ikhlas segala perkara yang buat untukku? adakah itu semua atas kerelaan hatimu?  jujurlah sayang andai cintamu bukan untuk diriku. Biarlah aku bawa cinta yang lara ini jauh dari dunia mu. Andainya jika sudah tiada kepercayaan  lagi tentang diriku untukmu,izinkan aku jauh dimatamu. Biarlah masa pisahkan kita. Aku tak sanggup untuk terus memaksa dirimu untuk mencintaiku. Cinta itu bukan boleh dipaksa-paksa. syg juga bukan boleh di jual beli. Ku rendahkan keegoaanku untuk memiliki hatimu tetapi itu hanyalah sia-sia. segala permasalahan pasti aku disalahkan. pasti kau mencari juga salahku untuk menutup kesalahanmu. kadang-kala aku terfikir, tidak kah ada sekelumit rasa cinta dan sayang untukku? Mengapa perlu kita berjumpa dan berkasih-sayang andainya aku hanya bertepuk sebelah tangan?  perlahan-perlahan ku tabahkan hati, biarlah orang melihat aku tersenyum bahagia . Aku bahagia bila bersamamu. Dunia ini bagaikan hanya untuk kita. Bahagia sangat waktu kita bersama. Tapi bila difikir semula, adakah itu hanya permainanmu? aku hanya dipergunakan disaat kau sendiri. Di saat kau inginkan tubuhku. Jika itu pembalasan yang kau ingin berikan padaku untuk membalas segala kejahatanku, Tahniah ku ucapkan kerna kau telah berjaya untuk membuat hati ini terluka.  Aku hanya mampu berdoa, supaya kau telus mencintaiku. Mencintaiku terus dari hatimu bukan hanya kata-kata. Bila aku sudah tiada nanti, adakah kau akan mengingatiku? adakah kau akan bersedih diatas kehilanganku? adakah kau akan teringat kembali kenangan kita saat bersama? Ingatkah kau kepada diriku? soalan akan terus menjadi soalan dan jawapan hanya akan ku temui bilaku sudah tiada nanti."
Menitis air mata Aniq zhafran saat membaca diari arwah isterinya. Sungguh menyesal rasa dihati kerna tidak menjaga hati itu disaat ia masih wujud. Masih terbayang senyuman arwah isterinya. Rajuknya,marahnya,manjanya,gelak tawanya.
Bahagiakah dia disaat isteri yang dianggap menyusahkan hidupnya sudah tiada. Tiada untuk selamanya. Bila sudah tiada baru dia sedari yang sebenarnya dia amat mencintai Aleeya Fatihah. Ya,aku sangat mencintai isteriku. Tapi disaat itu, segalanya tidak dapat diubah. Menangis air mata darah pun Aleeya tetap telah kembali kepada penciptanya. Selama ini jika isterinya mengadu yang dia sakit, zhafran hanya mengagap isterinya mengada-ngada dan cuma inginkan perhatiaan darinya. Bertapa egonya dirinya.
"Tiada lagi gelak tawa,tiada lagi senyuman ini untukmu suamiku. Andai aku sudah tiada, Tiada lagi lah aku mengganggu dirimu. Ku lepaskan dikau untuk hidup bebas tanpa diriku. ku lepaskan dalam terpaksa. Aku bahagia bila mana aku melihat kau tersenyum bahagia bersama wanita itu . Ya, wanita yang cukup sempurna dimatamu."
"Ya Allah, ape yang aku buat ni. Kejamnya aku menjadi suamiku sayang. Aku tidak pantas untuk bersamamu. Inilah balasan buat aku." Tidak dapat ditahan air mata yang mengalir. Kini segalanya telah berubah. Jika dulu hidupnya dirasakan amat terkongkong dengan arwah isterinya tapi kini ia mula merindui tiap detik bersama Aleeya Fatihah.
19 November 2015
" Abang, jika sayang selalu menyusahkan abang, selalu ganggu abang bila abang buat kerja, kini tiada lagi. Mungkin juga abang akan bahagia setelah pemergiaan sayang. Memang sayang sengaja sembunyikan kesakitan yang sayang alami. Biarlah sayang menderita seorang diri. Jika sebelum nie sayang sering mengadu pada abang, yang sayang sakit kepala tapi abang cuma kata sikit je, nanti-nanti baiklah. tak payah mengada sangat! Abang, sayang mengadu kerna sayang nak abang tahu, sayang nak abang faham, sayang nak abang beri perhatian pada sayang. Tapi, abg selalu marah-marahkan sayang. abang selalu buat tak peduli kan sayang. Abang selalu balik lewat. Abang selalu keluar melepak dengan kawan-kawan abang. Bila sayang tanya, abang selalu kata " awak nie sibuk je! duduk jelah rumah diam." Abang, abang tahu tak, saya suri rumah. Saya tak punya ramai kawan seperti abang. Saya hanya ada abang. Abang lah tempat saya mengadu, tempat saya bermanja, tempat saya luahkan perasaan tapi.... abang tak nak dengar. Abang lebih pentingkan kawan-kawan abang. Sekarang, abang bolehlah terus bersama kawan abang tanpa ada gangguan. Abang boleh lah keluar bersama perempuan bertuah tu tanpa perlu risau saya ketahui.Abang, kenapa abang buat saya mcam ni? Apa salah saya pada abang? Kenapa abang sia-siakan sayang saya pada abang. Kini Allah lebih sayangkan saya, Dia jemput saya untuk temui-Nya. Terima kasih abang kerana pernah bahagiakan saya."
Air mata yang ditahan kini kembali membasahi pipi.
Bodohnya aku tak hargai isteriku. Bodohnya aku persia-siakan kau Aleeya. Jika dapat ku undurkan masa, pasti kau akan ku layan seperti permaisuri yang paling bahagia sayang. Ya Allah.... berdosanya aku...kejamnya aku menjadi suaminya.
**********************************************
" Abang..... selamat pulang.Abg dah makan? Sayang panaskan lauk ye" lembut tutur kata Aleeya semasa menjemput suami tercinta pulang.
" Hmm.. sy dah makan! Kenyang. " balas Aniq dengan nada malas.
Menyebuk jelah bini aku ni! Nak tunggu aku balik buat ape! Semak jer. Dalam hati Aniq mengutuk Aleeya.
" okay abang. Abang nak air tak? Sayang buatkan ye?" Balas Aleeya lagi.
" kau nie tak faham bahasa atau buat-buat tak faham! Aku penat! " balas aniq dengan nada yang kasar. 
" Abang, perut syg selalu sakit, sekarang makin kerap pula sakitnya. Nanti kita pergi klinik check up ye?" Balas Aleeya lagi.
"Hmm...pergi lah sendiri. Ada kaki kan? Ada tangan kan? Reti bawak kereta kan? Nak susahkan aku kenapa? " balas Aniq dengan nada kasar lagi. 
" okay abg" ........
Sedihnya hanya Allah yang tahu. Niat hati mahu ajak suami bersama untuk mengetahui sakitnya. Dia mahu memberitahu suaminya yang dia ada kanser pangkal rahim. Ya, sudah tahap 3.Tapi sikap suami yang buat tak endah membatalkan niat Aleeya.
Abang.... kenapa abang dah berubah? Kenapa abang dah tak macam dulu? Kenapa abang sekarang selalu marah-marah saya? Apa salah saya abang? Saya dah nak pergi..... saya minta maaf abang. Ditahan air mata yang hendak mengalir. 
Aleeya, kau kena kuat! Ya.... aku kuat. Dia cuba tabahkan diri.